PELAJAR UNISEL KEMBALI KE KAMPUS

  • Home
  • PELAJAR UNISEL KEMBALI KE KAMPUS
Shape

Sebilangan besar pelajar sesi akademik November 2021 sudah mula kembali ke kampus Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya bagi meneruskan pengajian mereka bermula hari ini. Proses pendaftaran pelajar itu berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Semua pelajar dan ibu bapa turut memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang proses pendaftaran. Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar pada hari ini adalah daripada Fakulti Pendidikan & Sains Sosial diikuti oleh fakulti lain pada hari berikutnya. Setiap pelajar yang mendaftar perlu menjalani saringan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang dibekalkan oleh pembekal kesihatan MeDKAD Sdn Bhd. Ini adalah bagi memastikan UNISEL bebas dari wabak Covid-19. Pihak pengurusan UNISEL ingin mengucapkan selamat kembali ke kampus dan mengalu-alukan kehadiran semua pelajar termasuk pelajar baharu yang akan memulakan pengajian mereka di kampus. Semoga para pelajar dapat menyuntik semangat baharu dan beriltizam untuk terus berjaya menggapai kecemerlangan. #uniselawesome HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

Previous
Next