Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) Universiti Selangor (UNISEL) telah menganjurkan satu acara akademik berskala besar bagi mempamerkan projek-projek pelajar tahun akhir dari tiga jabatan utama iaitu Jabatan Komunikasi, Jabatan Komunikasi dan Jabatan Pengkomputeran bagi sesi semester April 2025.
Acara tersebut telah berlangsung bermula pada 21 Julai hingga 24 Julai 2025. Pameran yang dikenali sebagai ‘Final Year Project Showcase’, inisiatif ini menghimpunkan tiga jabatan utama yang membawa identiti tersendiri iaitu:1. 2. ICONIC 2025 (Information and Communication Penyelidikan Tahun Akhir oleh pelajar Jabatan Komunikasi Symposium): Simposium VEX25 (Visual Art Exhibition): Pameran seni oleh pelajar Jabatan Seni Visual 3. ByteXpo25: Ekspo Projek IT oleh pelajar Jabatan Pengkomputeran.
Pameran tersebut melibatkan seramai lebih 150 orang pelajar tahun akhir, dengan pembentangan dan pameran merangkumi hasil penyelidikan, inovasi teknologi, serta karya seni kreatif yang dinilai oleh panel akademik dan panel industri yang berpengalaman.
Menurut Timbalan Dekan Pemasaran dan Pembangunan Pelajar FKSVP, Ts. Nur Shazleen binti Md Yusof, penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform kepada pelajar untuk mempamerkan hasil kerja mereka secara profesional, malah turut memperkukuh kemahiran insaniah, seperti komunikasi, penulisan ilmiah, serta jaringan dengan pihak industri.
Tambah beliau, “Acara ini adalah manifestasi komitmen UNISEL dalam menyokong prinsip MADANI seperti daya cipta, kesejahteraan dan keyakinan, serta usaha berterusan untuk melahirkan graduan yang holistik dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan sebenar.”
Dalam masa sama, pihak fakulti turut menekankan kepentingan penjenamaan institusi melalui media sosial dan kerjasama strategik industri sebagai satu pendekatan jangka panjang untuk menambah baik reputasi akademik dan capaian antarabangsa UNISEL.
Majlis penutup yang telah berlangsung semalam dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan FKSVP, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan bin Wan Hassan, diikuti dengan ucapan perasmian penutup yang akan disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) UNISEL.
Majlis penyampaian anugerah bagi pembentang projek terbaik turut berlangsung di lokasi yang sama iaitu di Bangunan Seni Visual, UNISEL Bestari Jaya. Tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar dan kakitangan yang terlibat.
𝘍𝘢𝘬𝘶𝘭𝘵𝘪 𝘒𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘬𝘢𝘴𝘪, 𝘚𝘦𝘯𝘪 𝘝𝘪𝘴𝘶𝘢𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘮𝘱𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢𝘯 (𝘍𝘊𝘈𝘊) 𝘜𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘯𝘨𝘰𝘳 (𝘜𝘕𝘐𝘚𝘌𝘓)