SELANGOR TECHSPHERE ONNOVATION COMPETITION 2025
November 17, 2025MAJLIS PERASMIAN PAMERAN ‘BUKA PINTU’ – HASIL KARYA PENSYARAH JABATAN SENI VISUAL
November 20, 2025KARNIVAL INOVASI PENDIDIKAN MADANI 2025 MERIAH DI UNISEL BESTARI JAYA
Karnival Inovasi Pendidikan MADANI 2025 anjuran Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) dan Menteri Besar Selangor (Incorporation) berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Canselor, Universiti Selangor Bestari Jaya.
Karnival ini dianjurkan sebagai usaha memperkukuh kreativiti, memperluas horizon pemikiran serta menyemarakkan budaya inovasi dalam ekosistem pendidikan selaras dengan tema “Memacu Reformasi Pendidikan Melalui Inovasi.”
Seramai 550 orang peserta, terdiri daripada pegawai PPD, guru-guru pelbagai unit, murid sekolah rendah dan menengah, para pempamer, para pembentang kajian tindakan, serta rakan komuniti yang meneroka pendekatan STEM dan TVET yang relevan dengan Revolusi Industri 4.0 berhimpun di UNISEL Kampus Bestari Jaya selaku tuan rumah.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Faisal bin Ismail, Setiausaha Politik Menteri Kesihatan Malaysia yang hadir mewakili Menteri Kesihatan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, “Penganjuran karnival ini merupakan platform penting bagi menghimpunkan idea, kepakaran dan amalan terbaik dalam kalangan warga pendidik serta pelajar, sekali gus memperkukuh budaya inovasi dalam sistem pendidikan kita.”
Beliau turut menyatakan penghargaan atas usaha PPD Kuala Selangor yang menggerakkan kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi UNISEL, komuniti dan rakan strategic “Kolaboratif seperti ini amat penting bagi merealisasikan ekosistem Pendidikan MADANI yang inklusif, holistik dan berteraskan nilai kemanusiaan.”
Sebagai simbol pengukuhan kerjasama, turut berlangsung Majlis Menandatangani Sijil Jalinan Strategik antara UNISEL Bestari Jaya yang diwakili oleh Pn. Hjh. Rokmaa Binti Hj. Mat, Pendaftar. PPD Kuala Selangor yang diwakili oleh Puan Sarimah binti Abdul Rahim serta disaksikan oleh Tuan Haji Mohammad Faisal bin Ismail, mewakili Menteri Kesihatan Malaysia.
Pelbagai pertandingan, persembahan, pameran & aktiviti inovasi karnival yang berlangsung sehingga petang. Ini turut menampilkan 9 pertandingan dan perkongsian, selain 41 pameran yang menghimpunkan pelbagai inovasi pendidikan dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Selangor.
Antara pertandingan dan perkongsian yang dijalankan termasuk:
– K-KAMA’25
– Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran dalam Pendidikan
– Pertandingan SAM Labs
– Inovasi SAM Labs
– Pertandingan Dron
– Pertandingan Robotik: Line Tracer
– Pertandingan Robot Soccer
– Pertandingan Khat
– Pameran Inovasi & Pendidikan
Kesemua penyertaan ini mempamerkan hasil kreativiti pelajar serta inovasi guru dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21.
Karnival turut dimeriahkan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor, Puan Sarimah binti Abdul Rahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor, Pengurusan tertinggi UNISEL, Guru-guru dan peserta daripada sekolah di bawah PPD Kuala Selangor.
Karnival Inovasi Pendidikan MADANI 2025 ini membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam memartabatkan inovasi dan kreativiti sebagai teras penting dalam reformasi pendidikan negara, ke arah melahirkan generasi yang lebih berdaya saing, progresif dan beradab. Buat orang ramai dan komuniti setempat dijemput hadir bagi mengimarahkan karnival yang sedang berlangsung.
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
19 November 2025




























Share This Post :
Related posts



