
UNISEL RAI TRADISI ILMI MELALUI MAJLIS KHATAM AL-QURAN
March 13, 2026Selaras dengan visi “Meneraju Transformasi”, Universiti Selangor (UNISEL) secara rasmi telah melaksanakan Aturan Kerja Anjal Berasaskan Hasil (AKABAH) bermula 1 September 2025. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif universiti dalam memodenkan budaya kerja serta menyahut seruan kerajaan ke arah amalan kerja masa kini yang lebih dinamik.
Pelaksanaan AKABAH fasa pertama melibatkan lebih 300 staf akademik, manakala fasa seterusnya telah diperluas ke Pusat Tanggungjawab (PTJ) pentadbiran mengikut kesesuaian dan kesediaan jabatan.
Selaras dengan piawai amalan terbaik untuk aturan kerja fleksibel, AKABAH memberikan penekanan khusus kepada:
* Mengekalkan, malah meningkatkan produktiviti: Memastikan kualiti output menjadi keutamaan, dengan penekanan kepada hasil kerja, bukan lokasi kerja.
* Kesejahteraan Staf: Meningkatkan keseimbangan kehidupan dan kerjaya (work-life balance) bagi tujuan kebajikan peribadi dan keluarga.
* Kelestarian Alam Sekitar: Membantu mengurangkan jejak karbon selaras dengan matlamat kelestarian global.
Sebagai sebuah institusi yang mempunyai kepakaran luas dalam pengurusan sumber manusia, UNISEL komited memastikan inisiatif ini dipantau secara saintifik. Pihak universiti telah memperuntukkan dua geran penyelidikan khas bernilai lebih RM15,000 bagi mengkaji impak AKABAH secara mendalam.
Langkah ini bertujuan menjadikan UNISEL sebagai pusat rujukan antarabangsa dalam bidang penyelidikan aturan kerja anjal (Flexible Work Arrangement), sekali gus membuktikan keupayaan universiti dalam mengadun teori akademik dengan amalan industri yang berkesan.
Menyahut saranan pimpinan dan mendepani cabaran global pelaksanaan AKABAH adalah selaras dengan galakan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Selangor, yang menekankan kepentingan fleksibiliti di tempat kerja dalam memacu produktiviti negara.
Mengambil iktibar daripada situasi pasca pandemik dan trend global yang kini beralih ke arah ekonomi digital, UNISEL menyedari bahawa keberadaan fizikal di pejabat bukan lagi satu-satunya ukuran kecemerlangan. Sebaliknya, keupayaan untuk beradaptasi dengan teknologi dan mengurus masa secara efisien adalah kunci utama dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.
Inisiatif AKABAH ini akan diteruskan sejajar dengan hala tuju kerajaan untuk memodenkan corak kerja masa kini demi kemajuan pendidikan tinggi negara.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
30 Mac 2026






