Iftar Jamaie UNISEL 2019 Disambut Meriah

  • Home
  • Iftar Jamaie UNISEL 2019 Disambut Meriah
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) pada tahun ini sekali lagi menganjurkan program Iftar Jamaie yang berlangsung di Masjid UNISEL kampus Bestari Jaya.

Program yang dijalankan bagi mengimarahkan kedatangan bulan Ramadan itu dihadiri oleh kakitangan dan keluarga serta pelajar UNISEL.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, program Iftar Jamaie ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan bagi mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga UNISEL berserta keluarga masing-masing.

Program Iftar Jamaie bermula pada jam 6.00 petang itu disemarakkan dengan bacaan tahlil sebelum menunggu waktu berbuka puasa. Setelah berbuka puasa, program kemudiannya diteruskan dengan solat Isyak dan solat Terawikh berjemaah.

Hadir sama memeriahkan majlis adalah YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang dan juga barisan pengurusan tertinggi UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat