JOM BERBASIKAL BERSAMA PRESIDEN & NAIB CANSELOR, PROGRAM PERTAMA PASCA PKP

  • Home
  • JOM BERBASIKAL BERSAMA PRESIDEN & NAIB CANSELOR, PROGRAM PERTAMA PASCA PKP
Shape

Jom Berbasikal Bersama Presiden & Naib Canselor menjadi program pertama dijalankan sempena pengoperasian semula Universiti Selangor (UNISEL) hari ini. Program yang disertai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor turut disertai beberapa orang pengurusan kanan universiti

Menerusi aktiviti berbasikal ini, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman turut mengambil peluang melawat sekitar kampus dan melihat sendiri keadaan semasa setelah hampir tiga bulan universiti ini tidak beroperasi secara penuh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

Aktiviti berbasikal ini merupakan aktiviti riadah wajib bagi Presiden & Naib Canselor UNISEL pada setiap hari Rabu bertujuan untuk membuka ruang kepada kakitangan mengeratkan silaturrahim selain menjana kecerdasan mental dan kecergasan fizikal. Program yang bermula jam 5 petang itu turut disertai oleh beberapa orang kakitangan akademik dan pentadbiran.