TASIK UTAMA UNISEL JADI LOKASI PROGRAM BCORIAN MASUK UNIVERSITI

  • Home
  • TASIK UTAMA UNISEL JADI LOKASI PROGRAM BCORIAN MASUK UNIVERSITI
Shape

Tasik Utama Universiti Selangor (UNISEL) yang terletak di Kampus Bestari Jaya hari ini dipilih menjadi lokasi pertama bagi program memancing “BCORIAN Masuk Universiti”. Program tersebut disertai oleh lebih 100 orang peserta yang rata-ratanya merupakan pelajar-pelajar daripada Belajar Casting Online (BCO) yang dikendalikan oleh Fishing Buddies Academy (FBA Academy). FBA Academy yang diasaskan oleh Encik Syafi’e Abdul Shukor atau lebih mesra dipanggil Cikgu Syafi’e merupakan platform kelas memancing atas talian pertama di Malaysia. Program ini merupakan program kolaborasi Pejabat Komunikasi Korporat UNISEL dengan FBA Academy bertujuan untuk memajukan lagi aktiviti sukan memancing di Malaysia selain membantu melahirkan lebih ramai ‘Anglers’ dalam sukan air ini. Program yang bermula pada jam 8 pagi itu menyaksikan setiap peserta memancing menggunakan teknik ‘casting’ seperti yang dipelajari sepanjang menyertai BCO dan rata-rata peserta yang hadir bukan sahaja dari sekitar Selangor malah dari negeri-negeri sekitar. Lebih menarik, ada juga peserta yang juga merupakan pemancing dari beberapa negara lain seperti Zimbabwe dan Kanada. Walau bagaimanapun, setiap peserta yang hadir tetap mematuhi setiap prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang penularan pandemik Covid-19. Hadir memeriahkan program pada hari ini termasuklah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Dr. Mohd Norazwan A. Bakar, Pengarah Pusat Sukan, Budaya & Penghijauan UNISEL serta kakitangan dari Pejabat Komunikasi Korporat, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat serta Bahagian Keselamatan. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

BCO1
BCO2
BCO4
BCO5
BCO6
BCO7
BCO8
BCO9
BCO10
BCO11
BCO12
BCO13
BCO14

Previous
Next