KAMPUS UTAMA UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) SELAMAT

  • Home
  • KAMPUS UTAMA UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) SELAMAT
Shape

Berikutan laporan beberapa media tempatan yang mengaitkan kawasan kejadian mendapan tanah di Jalan PKPS, Kampung Bestari Jaya yang berlaku baru-baru ini berdekatan Kampus Utama Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya, beberapa kekeliruan perlu dijelaskan. UNISEL merupakan universiti pertama milik Kerajaan Negeri di Malaysia dengan lokasi kampus utamanya terletak di Bestari Jaya yang beroperasi di sini sejak 15 tahun yang lalu. Untuk makluman, sebenarnya jarak lokasi kawasan kejadian dengan lokasi Kampus Utama UNISEL di Bestari Jaya adalah sejauh lebihkurang 9km, manakala perjalanan ke kawasan kejadian mengambil masa kira-kira 30 minit jauhnya dan ini memberi gambaran laporan berhampiran UNISEL adalah kurang tepat. Penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang jarak sebenar lokasi kejadian sehingga boleh dikaitkan dengan keselamatan kawasan di mana terletaknya kampus utama UNISEL di Bestari Jaya. Akhir sekali, pihak universiti berharap agar segala proses pemantauan situasi tapak kejadian oleh pihak berkuasa berjalan dengan lancar dan setiap pihak dapat mengambil ikhtibar atas kejadian yang telah berlaku. Semoga ini dapat membuka mata banyak pihak untuk meningkatkan kawalan keselamatan di persekitaran kita. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat