PROGRAM TICC TAMBAH KUALITI DALAM DIRI MAHASISWA

  • Home
  • PROGRAM TICC TAMBAH KUALITI DALAM DIRI MAHASISWA
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FKSH) bersama Centre For Research And Industry Linkages (CRIL), UNISEL mengelolakan Majlis Perasmian dan Penutup Technology Innovation Communication Camp 2020 (TICC) di Dewan Senat UNISEL Kampus Bestari Jaya semalam. Program kolaberasi antara Universiti Selangor UNISEL dan Kolej Universiti Islam Selangor KUIS ini merupakan salah satu fasa yang penting dalam memacu perkembangan inovasi terhadap pelajar khususnya pelajar tahun akhir sebelum mereka menghadapi alam pekerjaan sebenar. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, penganjuran program TICC 2020 ini adalah bertepatan dengan sasaran dan hala tuju Kerajaan Negeri Selangor seperti yang telah digariskan dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2021, iaitu inisiatif untuk memperkasakan pendidikan tinggi di Selangor, Selangor Kerjaya, Selangor Automotif TVET, Rakan Digital Selangor dan Selangor Freelancers. Tambahnya lagi, keperluan nilai kendiri melalui program seperti ini amat diperlukan dalam meningkatkan kemahiran para graduan untuk memahami dan menyampaikan idea teknikal mereka dengan tepat dan ringkas terutamanya dari perspektif industri. Majlis perasmian dan penutup TICC 2020 ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hasim bin Zainal Abidin Setiausaha Bahagian,Bahagian Pengurusan Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SELANGOR merangkap Ketua Urusetia Stanco, Pembudayaan, Innovasi dan Smart SELANGOR dibawah MBI serta pimpinan doa oleh Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid yang juga merupakan pengurus besar bagi KUISCELL. Turut hadir, Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed, Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan KUIS, En. Hussein Arif, Pengerusi Adakan Holding Sdn. Bhd serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

ticc1
ticc2
ticc3
ticc4
ticc5
ticc6
ticc7
ticc8
ticc9
ticc10
ticc11
ticc12
ticc13
ticc14

Previous
Next