PRESIDEN & NAIB CANSELOR UMUM INSENTIF UNTUK WARGA UNISEL

  • Home
  • PRESIDEN & NAIB CANSELOR UMUM INSENTIF UNTUK WARGA UNISEL
Shape

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengumumkan Insentif Aidilfitri kepada semua kakitangan universiti. Pengumuman itu dibuat semasa Majlis Perhimpunan Bulanan yang buat julung kalinya dilaksanakan secara atas talian. Majlis tersebut disertai oleh kakitangan akademik dan pentadbiran menerusi platform ZOOM dan Youtube. “Saya berharap agar insentif yang diumumkan ini dapat meningkatkan lagi prestasi serta motivasi kakitangan untuk terus mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang lebih-lebih lagi dengan keadaan kita yang sedang diuji dengan pandemik Covid-19,” ujarnya. Beliau turut mengingatkan seluruh warga UNISEL untuk terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan secara optimal. Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam pada itu turut mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh warga UNISEL sepanjang tahun ini antaranya kejayaan Pusat Islam mendapat tempat pertama dalam Kempen Insentif Bulan Puncak Ramadan 1442H/2021H yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Selain itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada beberapa pensyarah UNISEL yang berjaya menghasilkan penerbitan berindeks ISI dan ucapan tahniah kepada Puan Siti Aisyah Omar diatas pelantikan sebagai Pemangku Bendahari menggantikan Puan Zaitun Abd Malek. “Pandemik Covid-19 sedikit sebanyak telah melumpuhkan operasi beberapa sektor penting negara namun saya ingin memberi penghargaan kepada semua kakitangan UNISEL yang banyak menyumbang idea dan melaksanakan program-program pemasaran yang telah menaikkan nama UNISEL seperti webminar dan program atas talian seperti E-Pecutan SPM, Quarantine Tea Talk, UNISEL Virtual School, E-Tome dan banyak lagi,” “UNISEL juga amat prihatin dan terus terkehadapan dalam isu-isu semasa seperti isu Palestin yang mana kita telah mengadakan beberapa siri siaran langsung antaranya ‘Konflik Palestin: Apa Yang Kita Perlu Tahu?’ yang mana kita juga berjaya mengumpul sejumlah besar bantuan menerusi Tabung Prihatin UNISEL,” tambah beliau. Di akhir ucapannya, beliau turut menerangkan tujuh teras untuk mewujudkan UNISEL yang berdaya saing dan berharap agar setiap kakitangan dapat mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang masa,” HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat