UNISEL SELESAI PROSES AUDIT BAGI PENSIJILAN EOMS DAN ABMS

  • Home
  • UNISEL SELESAI PROSES AUDIT BAGI PENSIJILAN EOMS DAN ABMS
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerima lawatan audit daripada panel auditor SIRIM bagi pensijilan ISO 21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) dan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS).

Sesi audit tersebut berlangsung selama seminggu bermula 18 hingga 22 Oktober 2021. Seramai enam panel termasuk seorang pakar teknikal ditugaskan untuk mengaudit di Pusat Tanggungjawab (PTj) terpilih dalam tempoh tersebut.

UNISEL menerusi Pejabat Tadbir Urus Korporat & Jaminan Kualiti (CGQA) ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua jabatan yang memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang audit berlangsung. Semoga UNISEL akan terus maju untuk masa hadapan.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

iso
iso2
iso3
iso4
iso5
iso6
iso7
iso8
iso9
iso10
iso11
iso12
iso13
iso14

Previous
Next