RUMAH RANAP BANJIR, UNISEL TAWAR PENEMPATAN PERCUMA
December 24, 2021UNISEL TERUSKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE DUA BUAH SEKOLAH DI RANTAU PANJANG
December 25, 2021Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) hari ini telah menjalani Misi Bantuan Pasca Banjir diketuai oleh En Zainal Azhar Zainal Azim, Timbalan Dekan FBA di Padang Jawa yang melibatkan seorang pelajarnya, Aiswariya Laksmi A/P Kalaichelvan yang terjejas akibat banjir. Aiswariya Laksmi, pelajar semester akhir Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan bersama keluarganya terpaksa berpindah keluar demi keselamatan keluarganya setelah paras air mencapai paras dada. Walaupun sebak melihat banyak kerosakan dan kemusnahan harta bendanya, beliau amat bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya selamat. Dalam pada itu beliau juga mengucapkan mengucapkan jutaan terima kasih kepada UNISEL terutama sekali sukarelawan FBA terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang hadir pada hari ini bagi menggerakkan misi pembersihan di rumahnya. Hasril Abu HassanPengarah Komunikasi Korporat







Previous
Next





