Pasukan Sukarelawan UNISEL meneruskan misi pasca banjir di Dengkil. Antara kawasan terlibat, sekitar Sekolah Rendah Agama Labohan Dagang, Sekolah Rendah Labohan Dagang dan SK RTB Bukit Changgang. Seramai 85 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar UNISEL dan badan NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Global Peace Mission Malaysia (GPM) bergabung dalam misi ini. Hadir melepaskan sukarelawan di sebelah pagi tadi adalah En. Amidi Abdul Manan, Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP). Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga dibalas kebaikan dan dipermudahkan urusan. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat
Previous
Next