CANSELOR RASMI PESTA KONVO 2022

  • Home
  • CANSELOR RASMI PESTA KONVO 2022
Shape

Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj, Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini merasmikan Pesta Konvo 2022 bersempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-15 yang berlangsung di perkarangan Canseleri UNISEL Bestari Jaya. Beliau dalam ucapannya merakamkan jutaan tahniah buat kesemua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di UNISEL disamping penghargaan kepada kesemua kakitangan yang terlibat sepanjang Istiadat Konvokesyen pada tahun ini. Di kesempatan itu juga, beliau turut menzahirkan rasa gembira melihat pebagai kejayaan dan kemajuan dari aspek pembangunan secara khususnya dibawah pentadbiran Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada artis tanah air, Syafiq Farhaian dan gimik perasmian yang disempurnakan oleh Canselor diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi UNISEL. Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor Kali Ke-15 Bagi Tahun 2021 ini merupakan Istiadat Konvokesyen pertama setelah dua tahun tidak mengadakan Istiadat berikutan pandemik Covid-19. Istiadat penuh warna warni dan gilang gemilang ini akan berlangsung selama lima hari bermula 5 sehingga 9 Februari 2022. Pesta Konvo 2022 pula berlangsung selama enam hari bermula 4 sehingga 9 Februari 2022 yang bakal menyajikan pelbagai program menarik disamping penampilan beberapa selebriti terkenal tanah air. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor6 Februari 2022

perasmian_1
perasmian_2
perasmian_3
perasmian_4
perasmian_5
perasmian_6
perasmian_7
perasmian_8

Previous
Next