Satu sesi majlis penyampaian hadiah peraduan foto menerusi Agrobank serta Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, UNISEL telah diadakan di The Malaya Hall, Westin Hotel Kuala Lumpur petang tadi.
Seramai 130 orang pelajar UNISEL telah menyertai peraduan tersebut yang melibatkan empat kategori utama iaitu Farm Scenes, All About Animals, All About Crops dan Farm to Fork. Peraduan tersebut telah berlangsung selama 17 September hingga 16 November 2021 dan dinilai oleh juri profesional iaitu Rahman Roslan dari Austral Media Sdn Bhd serta Aznel Ishak dari MalaysiaKini.
Peraduan tersebut disifatkan sebagai satu platform dalam mencungkil bakat fotografi dikalangan pelajar serta memupuk nilai kreativiti individu bagi menghasilkan gambar yang berkualiti meskipun dalam keterbatasan situasi.
Dalam pada itu, turut berlangsung sesi minum petang bagi meraikan para pemenang. Turut hadir sepanjang majlis adalah Ts. Dr. Wan Azlan Bin Wan Hassan @ Wan Harun, Dekan FCVAC, En. Shahreen Rahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Agrobank, Pensyarah FCVAC, Ahli Majlis Agrobank serta pemenang peraduan.
Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:
Kategori Farm to Fork
Kategori Farm Scenes
Kategori All About Animals
Kategori All About Crops
Juara Keseluruhan
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
18 Februari 2022
Previous
Next