SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2022

  • Home
  • SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2022
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kedatangan pelajar-pelajar baharu sempena Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu bagi kemasukan April 2022 yang berlangsung di Kampus Bestari Jaya. Ini merupakan pengambilan pertama pada tahun ini bagi program Tahun Asas, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Majlis Pendaftaran yang bermula pada jam 9.00 pagi itu tertakluk di bawah prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Dalam pada itu, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor turut berkesempatan beramah mesra bersama pelajar dan ibu bapa yang hadir. Menurut beliau, meskipun majlis pada hari ini tertakluk kepada SOP yang ketat namun rata-rata pelajar dan ibu bapa yang ditemui amat berpuas hati dengan pergerakan sepanjang proses pendaftaran. Selain menawarkan pelbagai jurusan menarik, UNISEL turut menawarkan pelbagai kemudahan lengkap buat pelajar antaranya kolej kediaman persis apartment, kemudahan luar bagi aktiviti sukan selain mempunyai sistem keselamatan yang baik dengan kawalan keselamatan 24 jam di pintu masuk utama kampus. Justeru itu, kepada bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tempoh pendaftaran pelajar baharu pengambilan April 2022 akan dilanjutkan sehingga 22 April 2022. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 01170752070 & 0332805062 atau layari lawan sesawang www.unisel.edu.my. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat6 April 2022

april_1
april_2
april_3
april_4
april_5
april_6
april_7
april_8
april_9
april_10
april_11
april_12
april_13
april_14
april_15
april_16
april_17
april_18
april_19
april_20
april_21
april_22
april_23

Previous
Next