PRESIDEN & NAIB CANSELOR UMUM BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI

  • Home
  • PRESIDEN & NAIB CANSELOR UMUM BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI
Shape

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1000 kepada semua kakitangan UNISEL. Bantuan yang diberikan kepada semua kakitangan sama ada tetap mahupun kontrak ini merupakan inisiatif daripada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Presiden dan Naib Canselor menerusi ucapan Amanat Hari Raya Aidilfitri 2022 yang berlangsung di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya berharap agar kesemua kakitangan akan membudayakan lebih banyak lagi kecemerlangan di masa hadapan baik dari segi pentadbiran, penyelidikan mahupun pendidikan. “Selepas dua tahun kita mengalami suasana sukar akibat penularan wabak Covid-19, saya berharap kita akan terus bangkit berjuang dalam usaha meletakkan UNISEL sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT) yang terbaik dia Malaysia,” ujar beliau. “Sebagai sebuah IPT milik kerajaan negeri, kita berada di barisan hadapan dalam membangunkan konteks pendidikan di negeri Selangor. Oleh itu, saya yakin dengan transformasi yang sedang dan telah digarap ini mampu menjadikan UNISEL sebagai sebuah universiti yang disegani,” Tambah beliau lagi, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menjelaskan aspirasi dan hala tuju UNISEL antaranya dengan mengadakan pemasaran yang lebih berkesan termasuklah program berunsurkan akademik. Di akhir ucapannya, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan memberi peringatan kepada kesemua kakitangan agar berhati-hati di sepanjang perjalan pulang ke kampung dan kembali ke kampus dengan selamat. Beliau juga mengucapkan “Selamat Menyambut Selamat Hari raya Aidilfitri” buat seluruh warga UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat27 April 2022

amanat_raya2
amanat_raya3
amanat_raya4
amanat_raya5
amanat_raya6
amanat_raya7

Previous
Next