UNISEL ANJUR MAJLIS KHATAM AL-QURAN

  • Home
  • UNISEL ANJUR MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Shape

Lebih 100 orang kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menyertai Program Tadarus Al-Quran Ramadan peringkat UNISEL 1443H/2022M yang dianjurkan oleh Pusat Islam UNISEL. Program yang berlangsung di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya itu dimulai dengan bacaan daripada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dan turut disertai oleh pelajar Smart Tahfiz UNISEL. Menurut Presiden dan Naib Canselor, program seperti ini disifatkan sebagai satu amalan yang sangat mulia bahkan ia menjadi nadi kekuatan bagi seluruh umat Islam. “Walaupun bulan Ramadan sudah berada di penghujung, namun kita harus menjadikan ia sebagai amalan pada setiap masa. Bulan Ramadan merupakan bulan Al-Quran. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih erti dan bakal memberi seribu rahmat serta pahala yang berganda buat seluruh umat Islam,” ujar beliau mengakhiri ucapan. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat27 April 2022

khatam2
khatam3
khatam4
khatam5
khatam6
khatam7
khatam8
khatam9
khatam10
khatam11
khatam12
khatam13
khatam14
khatam15
khatam16
khatam17
khatam18
khatam19
khatam20
khatam21
khatam22
khatam23
khatam24

Previous
Next