SELANGOR MEGA JOB FAIR DILANCARKAN DI UNISEL

  • Home
  • SELANGOR MEGA JOB FAIR DILANCARKAN DI UNISEL
Shape

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor hari ini melancarkan Selangor Mega Job Fair & Selangor Job Portal yang bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 20 ribu rakyat Selangor. Dato’ Menteri Besar dalam ucapannya berkata, ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di negeri ini khususnya graduan yang baru bergraduat. “Selain memberi peluang kepada 20 ribu orang yang sedang mencari pekerjaan, Selangor Mega Job Fair ini juga turut mencipta peluang kepada syarikat dan majikan untuk mencari pekerja di sekitar negeri Selangor,” Tambah beliau lagi, Selangor Mega Job Fair itu bakal berlangsung pada 11-12 Jun 2022 di Auditorium MBSA, Shah Alam. “Ini sudah menjadi mandat beliau melalui kerajaan negeri untuk menyiapkan masyarakat dari bidang pendidikan sehinggalah membuka ruang pekerjaan sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini,” ujar beliau. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, UNISEL turut mempelawa pihak korporat dan industri untuk bekerjasama dengan universiti ini bagi memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman sebelum mereka memasuki dunia pekerjaan. Majlis Pelancaran yang berlangsung di Dewan Pro Canselor, Universiti Selangor Kampus Shah Alam itu turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Selangor. Menurut YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Selangor menyasarkan kadar pengangguran di bawah 4%. “Jika melihat kepada peratusan pada tahun suku pertama tahun 2021, kadar pengangguran adalah 3.6% manakala turun kepada 2.4% pada suku kedua tahun 2021. Pada suku pertama tahun ini pula terdapat sedikit peningkatan iaitu 3.2%. Saya berharap agar Selangor Mega Job Fair & Selangor Job Portal ini dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada mereka diluar sana sekali gus menurunkan kadar pengangguran di Selangor,” ujar beliau. Turut hadir wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Selangor, wakil IPT dan majikan serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor12 Mei 2022

job_fair1
job_fair2
job_fair3
job_fair4
job_fair5
job_fair6
job_fair7
job_fair8
job_fair9
job_fair10
job_fair11
job_fair12
job_fair13
job_fair14

Previous
Next