MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH SIJIL DEKAN TINGKAT SEMANGAT KECEMERLANGAN PELAJAR

  • Home
  • MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH SIJIL DEKAN TINGKAT SEMANGAT KECEMERLANGAN PELAJAR
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerusi Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) menganjurkan majlis Penyampaian Anugerah Sijil Dekan bagi tahun 2022 dengan jayanya di Dewan Pro-Canselor, UNISEL Shah Alam. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucaptamanya berkata, sesungguhnya kejayaan yang anda kecapi hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai usaha dan pengorbanan harus dilakukan bagi memperoleh kejayaan. “Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil anugerah dekan FBA. Namun, jadikan anugerah yang digarap pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya kerana pelbagai lagi cabaran khususnya dalam bidang akademik yang harus ditempohi”, ujar beliau. Seramai 84 orang pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan menerima Sijil Anugerah Dekan tersebut disaksikan juga oleh para ibu bapa. Dalam majlis yang sama, pameran dan jualan keusahawanan turut diadakan di mana warga UNISEL Shah Alam khususnya dapat menikmati aktiviti yang telah disediakan. Majlis turut dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negwri (ADUN) Kota Anggerik. Beliau menyifatkan majlis tersebut selari dengan matlamat untuk memberi dorongan para pelajar agar terus mencapai kecemerlangan. “Syabas dan tahniah buat kesemua pewaris negara, diharapkan agar kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja bahkan mampu memberi manfaat kepada insan yang lain”, ujar beliau. Di akhir program YB Tuan Mohd Najwan Halimi serta Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman menyampaikan Sijil Anugerah Dekan kepada pelajar serta turut berkunjung ke pameran dan jualan yang ada di sekitar kampus. Turut hadir, barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL, para Ibu Bapa serta barisan Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat5 Julai 2022

sijil_fba2
sijil_fba3
sijil_fba4
sijil_fba5
sijil_fba6
sijil_fba7
sijil_fba8
sijil_fba9
sijil_fba10
sijil_fba11
sijil_fba12
sijil_fba13
sijil_fba14
sijil_fba15
sijil_fba16

Previous
Next