UNISEL-IDE ANJUR SEMINAR NASIONAL MODEL PENDIDIKAN AL-HIKMAH TERAS PEMBINAAN GURU SEJAHTERA

  • Home
  • UNISEL-IDE ANJUR SEMINAR NASIONAL MODEL PENDIDIKAN AL-HIKMAH TERAS PEMBINAAN GURU SEJAHTERA
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) hari ini mengadakan Seminar Nasional “Model Pendidikan Al-Hikmah Teras Pembinaan Guru Sejahtera” di bawah Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) bertempat di UNISEL Kampus Shah Alam. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan tentang maksud Pendidikan Al-Quran dan kaitannya dengan pembinaan insan berteraskan asas Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan memberi kefahaman tentang keperluan memahami tanggungjawab mendidik dan melatih bagi membentuk insan Rabbani selain mengangkat kesedaran tentang falsafah ilmu dan al-hikmah sebagai teras kekuatan dalam membentuk generasi al-Quran. Program dimulai dengan ucapan pembukaan dan perasmian Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dan diteruskan syarahan bertajuk Pendidikan al-Hikmah Teras Pembinaan Guru Sejahtera yang disampaikan oleh YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Mohd Yusof Othman, Ahli Lembaga IKIM. Turut berlangsung, segmen ulasan yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Amin Senin, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Hj Ahmad Mohamad Said, Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru KPM dan dimoderator Prof. Madya Ts Dr Ropaning Sulong, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Jaringan Industri UNISEL. Program menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran peserta daripada pelbagai agensi kerajaan negeri, wakil jabatan kerajaan, pensyarah UNISEL serta penyertaan individu. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor28 Julai 2022

UNISEL_IDE2
UNISEL_IDE3
UNISEL_IDE4
UNISEL_IDE5
UNISEL_IDE6
UNISEL_IDE7
UNISEL_IDE8
UNISEL_IDE9
UNISEL_IDE10

Previous
Next