MUFTI SELANGOR SAMPAIKAN TAZKIRAH “INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH DALAM BERDAKWAH”

  • Home
  • MUFTI SELANGOR SAMPAIKAN TAZKIRAH “INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH DALAM BERDAKWAH”
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Pengajian Asasi dan Umum (PADU) menganjurkan Program Tazkirah & Semarak Cinta Rasul bersempena bulan Sambutan Maulidur Rasul 2022. Tazkirah yang bertajuk “Indahnya Akhlak Rasulullah Dalam Berdakwah” tersebut disampaikan oleh Dato’ Haji Anhar Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor. Program tersebut dihadiri sekitar 200 peserta yang rata-ratanya merupakan kakitangan akademik dan pentadbiran kampus Shah Alam. Ianya berlangsung di LT 2 UNISEL Kampus Shah Alam. Turut hadir sepanjang program adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Maegala Nallapan Maniyam, Dekan PADU, dan Khairul Firdaus Ne’matullah, Timbalan Dekan PADU. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor27 Oktober 2022

tazkirah2
tazkirah3
tazkirah4
tazkirah5
tazkirah6
tazkirah7
tazkirah8

Previous
Next