Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor hari ini hadir ke Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya bagi merasmikan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Negeri Selangor. Beliau dalam ucapannya berkata, HASN ini merupakan acara tahunan sejak tahun 1989 yang mana dahulu dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar. Namun begitu, ia telah dijenamakan semula sebagai HASN pada tahun 2016. “Bertepatan dengan tema ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’, saya berharap agar program di bawah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor ini dapat membantu negeri ini ke arah keseimbangan dan kelestarian alam sekitar,” Turut berlangsung adalah Perasmian Tasik Lindungan Burung dan Selangor Centre of Research on Sustainable Agriculture (SCORSA) pada hari yang sama dengan jayanya. Hadir sama sepanjang majlis adalah Puan Nor Aziah Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerjaaan dan badan bukan kerajaan serta Rakan Alam Sekitar. YB Hee Loy Sian turut dibawa melawat ke Selangor Centre of Research on Sustainable Agriculture (SCORSA). Manakala Presiden dan Naib Canselor bersama Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berpeluang melawat Tasik Lindungan Burung disamping menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan memancing bersempena Majlis Persamian Tasik Lindungan Burung. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor30 Oktober 2022
Previous
Next