MAJLIS IKRAR PELAJAR BAHARU SEMESTER NOVEMBER 2022

  • Home
  • MAJLIS IKRAR PELAJAR BAHARU SEMESTER NOVEMBER 2022
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Ikrar Pelajar Baharu bagi kemasukan November 2022 di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya. Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada agenda bagi program Minggu Tekad Siswa yang melibatkan kesemua pelajar baharu bagi program Asas, Diploma dan Sarjana Muda. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau amat mengalu-alukan kedatangan kesemua pelajar baharu ke UNISEL. “Tarikh 23 November 2022 merupakan tarikh yang amat istimewa buat semua pelajar kerana pada tarikh tersebut, anda semua menjejakkan kaki ke UNISEL untuk menuntut ilmu di peringkat tertinggi. Di sini, mahasiswa akan dibimbing, dilatih dan dibentuk untuk menjadi graduan professional yang beretika bagi memikul amanah ibubapa, agama, bangsa dan negara,” ujar beliau. Beliau juga turut menekankan aspek disiplin dan berharap agar kesemua pelajar baharu dapat menjaga tingkah laku sepanjang berada di kampus. Dalam pada itu, beliau turut menyeru kesemua pelajar untuk menerapkan nilai-nilai murni dan jadilah pelajar budiman yang akan membanggakan keluarga selain berjasa kepada masyarakat sepanjang bergelar mahasiswa UNISEL. Turut hadir sepanjang majlis adalah Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti), Siti Aishah Omar, Bendahari dan barisan pengurusan UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor24 November 2022

ikrar_november2
ikrar_november3
ikrar_november4
ikrar_november5
ikrar_november6
ikrar_november7
ikrar_november8
ikrar_november9
ikrar_november10
ikrar_november11
ikrar_november12
ikrar_november13
ikrar_november14

Previous
Next