UNISEL, MONSTERCRAFT JALIN KERJASAMA MARTABAT SUKAN MEMANCING DI SELANGOR

  • Home
  • UNISEL, MONSTERCRAFT JALIN KERJASAMA MARTABAT SUKAN MEMANCING DI SELANGOR
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama pihak Monstercraft Fishing bagi memartabatkan sukan memancing di negeri Selangor, khususnya di The Tomanz Majlis menandatangani memorandum tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Bestari Jaya disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Puan Hjh. Rokmaa Hj Mat, Pendaftar. Di pihak Monstercraft Fishing pula ditandatangani oleh Vincent Gan Chee Hong, Pengarah Monstercraft DV Sport Fishing Malaysia disaksikan oleh David Lee Chuan Yin, Penaung Monstercraft Fishing Malaysia. Menurut Presiden dan Naib Canselor UNISEL, kerjasama di antara kedua-dua belah pihak ini bukan sahaja untuk menaiktaraf kegiatan ‘eco-sport’ seperti memancing malah bertujuan memulihara Tasik Lindungan Burung UNISEL. Tambahan lagi, kerjasama ini juga bakal mendukung segala bentuk penyelidikan berkaitan akuakultur dan membuka ruang pihak Monstercraft untuk mengadakan aktiviti “ground test” dan bengkel/klinik memancing. Dalam majlis yang sama, UNISEL turut menerima kunjungan delegasi Korea iaitu Yang Jae Hyuck (FishingTAG), Kim Jae Kyung (Catsclaw) dan Jackson Lee (GiddyCraft). Ini merupakan kunjungan pertama delegasi tersebut ke universiti ini. Malah, mereka juga berpeluang untuk melawat dan melihat sendiri keindahan Tasik Lindungan Burung. Lawatan berakhir Sekitar jam 12.00 tengahari dengan keseluruhan daripada mereka berpuas hati dengan suasana yang terdapat di Tasik Lindungan Burung. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) serta barisan pengurusan Universiti. Moga dengan termetrai MoU pada hari ini dapat memartabatkan lagi Sport fishing di Selangor. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat25 November 2022

unisel_monstercraft2
unisel_monstercraft3
unisel_monstercraft4
unisel_monstercraft5
unisel_monstercraft6
unisel_monstercraft7
unisel_monstercraft8
unisel_monstercraft9
unisel_monstercraft10
unisel_monstercraft11
unisel_monstercraft12
unisel_monstercraft13
unisel_monstercraft14
unisel_monstercraft15
unisel_monstercraft16
unisel_monstercraft17

Previous
Next