ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-16

  • Home
  • ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-16
Shape

Seramai 1319 orang graduan layak menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-16 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 228 pelajar Tahun Asas, 242 graduan yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, 819 graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 18 graduan peringkat Ijazah Sarjana, 12 graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat penuh warna warni dan gilang gemilang ini berlangsung selama dua hari bermula 3 sehingga 4 Disember 2022. Konvokesyen kali ini dibahagikan kepada tiga sidang bermula dengan sidang pertama pada 3 Disember 2022 (Sabtu) yang akan disempurnakan oleh Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj selaku Canselor UNISEL dan diiringi oleh Pro Canselor UNISEL iaitu Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar bin Masduki dan Y.A.D. Tan Sri Dato’ Setia Ismail Bin Adam. Turut hadir pada Istiadat Konvokesyen kali ini ialah Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL serta Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Istiadat pada kali ini meraikan graduan terbaik mengikut pelbagai kategori bagi tahun 2022. Sebanyak lima orang graduan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 32 graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program disamping lima anugerah utama yang menjadi daya tarikan utama setiap graduan. Canselor UNISEL mengurniakan Anugerah Khas Perdana Menteri kepada Muhammad Fairuz bin Abd Rauf, Doktor Falsafah Komputeran dan Sangetha A/P Muniandy, Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). Kedua-dua penerima turut menerima wang tunai RM5,000 beserta plak dan sijil penghargaan. Anugerah Canselor dianugerahi kepada Cindy Chan Sze Yee, Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri (Kepujian) yang menerima wang tunai RM3,000 beserta plak dan sijil penghargaan. Anugerah Pengerusi dianugerahi kepada Devan A/L Chandrasakaran, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian yang menerima wang tunai RM2,000 beserta plak dan sijil penghargaan. Anugerah Naib Canselor pula dianugerahi kepada Nur Anis Masturah Binti Mohamad Fauzai, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) yang membawa pulang wang tunai RM1,500 beserta plak dan sijik penghargaan manakala Anugerah Exco Pendidikan dianugerahi kepada Farah Wahidah Binti Roslan, Diploma Fisioterapi yang membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta plak dan sijil penghargaan. Kesemua penerima anugerah utama setiap kategori adalah bukti keprihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama ini. Dalam pada itu, Pesta Konvo 2022 akan turut berlangsung selama tiga hari bermula 2 sehingga 4 Disember 2022 yang dikendalikan oleh Pejabat Komunikasi Korporat.Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung antaranya forum, Bazaria@UNISEL, pertandingan memancing, pertandingan karaoke, zumba, Larian Konvo Tasik Lindungan Burung dan persembahan artis. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor3 Disember 2022

istiadat_konvokesyen2
istiadat_konvokesyen3
istiadat_konvokesyen4
istiadat_konvokesyen5
istiadat_konvokesyen6
istiadat_konvokesyen7
istiadat_konvokesyen8
istiadat_konvokesyen9
istiadat_konvokesyen10
istiadat_konvokesyen11
istiadat_konvokesyen12
istiadat_konvokesyen13
istiadat_konvokesyen14
istiadat_konvokesyen15
istiadat_konvokesyen16
istiadat_konvokesyen17
istiadat_konvokesyen18

Previous
Next