TERIMA KASIH UNISEL

  • Home
  • TERIMA KASIH UNISEL
Shape

Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-16 melabuhkan tirainya hari ini. Istiadat yang berlangsung selama dua hari bermula semalam (3 Disember) itu berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Rata-rata graduan yang ditemui hari ini memanjatkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan menggenggam segulung ijazah. Ellaine Kok, graduan Diploma TESL berkata dia berasa sangat gembira kerana berjaya menamatkan pengajian selama dua tahun setengah dengan jayanya. “Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah terpaksa menghadiri kelas atas talian sepanjang lima semester akibat pandemik Covid-19. Namun begitu, saya berasa sangat gembira apabila dapat ke kuliah dan berjumpa kawan-kawan pada semester akhir,” ujar beliau. “Saya memilih UNISEL kerana yurannya yang sangat berpatutan. Malah, UNISEL juga menyediakan pendidikan yang sangat berkualiti,” ujar beliau yang telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah juga di UNISEL. Bagi Mohd Zaim Firdaus Ishak, Istiadat pada hari ini berjalan sangat lancar. Graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) itu berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat membanggakan kedua orang ibu bapanya. “Pesanan saya buat adik-adik ‘junior’, belajarlah bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa. Sebagai pelajar, kita harus sentiasa positif dan jangan malu untuk bertanya sekiranya tidak tahu. Semoga adik-adik terus kuat menghadapi segala cabaran,” ujarnya. Seorang lagi graduan, Tuan Nurul Hannah Tuan Ahmad pula berkata beliau berasa sangat seronok menjadi mahasiswa UNISEL. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan. Terima kasih juga buat UNISEL kerana menyediakan kemudahan yang lengkap seperti bilik kuliah, asrama yang bertaraf apartment dan pusat sukan kepada pelajar,” ujar beliau. “Harapan saya agar UNISEL terus berkembang maju dan menjadi pilihan pelajar-pelajar di luar sana untuk melanjutkan pengajian. ‘All the best untuk semua’,” ujar beliau mengakhiri bicara. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor4 Disember 2022

tq_unisel2
tq_unisel3
tq_unisel4
tq_unisel5
tq_unisel6

Previous
Next