UNISEL TEROKA KERJASAMA BAHARU BERSAMA MUIS

  • Home
  • UNISEL TEROKA KERJASAMA BAHARU BERSAMA MUIS
Shape

Kota Kinabalu – Lawatan kerja ke Sabah yang di ketuai Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor hari ini ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Program sekitar jam 2.00 petang direncana setelah pertemuan bersama University College Sabah Foundation (UCSF) serta Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) sebelah pagi. Delegasi disambut baik oleh Tn. Wan Mohd Zakri Wan Yaacob, Penolong Setiausaha Kanan MUIS serta beberapa pegawai beliau yang turut meraikan kehadiran UNISEL pada hari ini. Menerusi pertemuan, Presiden dan Naib Canselor sempat berkongsi sedikit sebanyak perancangan UNISEL dalam meningkatkan jumlah pelajar terutama dari Sabah. Tambah Beliau, UNISEL kini dalam usaha terus membuka lebih ruang serta peluang kepada pelajar Sabah bagi melanjutkan pengajian di UNISEL dengan pelbagai tawaran menarik. “Selain menawarkan kepelbagaian jurusan, pihak UNISEL turut menyediakan pelbagai kemudahan dari segi fasiliti pembelajaran mahupun kemudahan asrama,” ujar beliau. Beliau dalam pada itu tidak menolak sekiranya pihak MUIS sudi bekerjasama dalam menyedia bantuan pendidikan kepada pelajar Sabah dari golongan Asnaf serta B40 Lawatan di MUIS berakhir sekitar jam 3.40 petang dengan kedua-dua pihak bertukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan setelah semua perbincangan berjalan lancar. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor

muis2
muis3
muis4
muis5

Previous
Next