PRESIDEN & NAIB CANSELOR SAMPAIKAN AMANAT TAHUN BARU 2023

  • Home
  • PRESIDEN & NAIB CANSELOR SAMPAIKAN AMANAT TAHUN BARU 2023
Shape

Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 bertempat di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya. Amanat yang bertema “Memacu Kecemerlangan, Melestarikan Persekitaran” itu turut dipancarkan secara langsung di UNISEL Kampus Shah Alam. Dalam ucapannya, beliau menitipkan pesan kepada semua kakitangan untuk terus berdaya saing dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan universiti. Beliau dalam pada itu turut merakamkan jutaan tahniah kepada kakitangan yang telah berjaya meraih pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2022. “Semoga tahun 2023 ini membuka lembaran baharu untuk kita semua. Saya yakin kita semua mampu bersama-sama mendepani pelbagai cabaran yang mendatang selain menghasilkan lebih banyak kejayaan pada tahun ini,” ujar beliau. Tambah beliau lagi, UNISEL akan terus menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar seperti jaringan jalur lebar, bantuan pendidikan serta penambahbaikan fasiliti terutama sekali kemudahan asrama. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor5 Januari 2023

amanat2
amanat3
amanat4
amanat5
amanat6
amanat7
amanat8
amanat9
amanat10
amanat11
amanat12
amanat13

Previous
Next