MEPUK TINGKAT KESEDARAN PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN

  • Home
  • MEPUK TINGKAT KESEDARAN PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Residensi Pelajar hari ini mengadakan Minggu Kesedaran Peraturan Universiti dan Kolej Kediaman (MEPUK) 2.0 bertempat di Dewan Naib Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. MEPUK disifatkan sebagai satu langkah kesedaran dalam memelihara kampus dan kolej kediaman yang selamat serta kondusif bagi memastikan agenda mahasiswa budiman terus diperkasakan. Kempen kesedaran peraturan Universiti dan Kolej Kediaman disampaikan oleh Inspektor Tan Cheng Yee, Inspektor Perkhidmatan dan Perjawatan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor. Di majlis yang sama, Skuad Prihatin Kolej (SPK) ditubuhkan sebagai Task Force yang terdiri daripada sukarelawan mahasiswa UNISEL bagi merealisasikan transformasi Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya. Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti / Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam) turut berkesempatan merasmikan majlis tersebut. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat18 Januari 2023

mepuk2
mepuk3
mepuk4
mepuk5
mepuk6
mepuk7
mepuk8
mepuk9
mepuk10
mepuk11
mepuk12
mepuk13
mepuk14
mepuk15
mepuk16
mepuk17
mepuk18

Previous
Next