SEMINAR MADANI : VISI & KERANGKA DASAR REFORMASI

  • Home
  • SEMINAR MADANI : VISI & KERANGKA DASAR REFORMASI
Shape
SEMINAR MADANI : VISI & KERANGKA DASAR REFORMASI

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Seminar Madani yang bertajuk Visi dan Kerangka Dasar Reformasi terhadap 250 orang pengurusan kanan UNISEL. Seminar Madani yang diadakan dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Dewan Senat, Kampus Bestari Jaya tersebut merupakan pengkhususan terhadap kerangka tata kelola pengurusan yang lebih manusiawi. Terdapat empat panel pembentang bagi mengupas konsep Madani tersebut, antaranya adalah Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Nordin bertajuk “Madani dan Pengurusan Universiti”, Prof. Dato’ Dr. Muhd Nur bin Manuty bertajuk “Konsep & Falsafah Negara Madani”, Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah bertajuk “Madani Sebagai Sebuah Kerangka Dasar Reformasi” serta Dato’ Hadzir bin Md. Zain bertajuk “Madani Dari Sudut Pentadbiran Awam”. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucaptamanya, seminar ini bukan sahaja memahami maksud MADANI malahan mendalami konteks dari akar umbi agar dapat membangunkan negara kita amnya dan universiti kita khususnya secara lebih insaniah. Beliau turut menyifatkan program sebegini dapat memberi pendedahan terhadap semua pengurusan kanan agar perubahan yang holistik dapat dilakukan secara serentak. “Satu peristiwa yang penting buat UNISEL bakal tercipta dimana YAB Perdana Menteri Malaysia ke-10 bakal hadir di UNISEL minggu hadapan untuk berjumpa para pelajar, kakitangan serta menyampaikan syarahan; sudah pasti ada keistimewaan dan pengharapan nya tersendiri kerana mengutamakan UNISEL”, ujar beliau. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat2 Februari 2023

madani2
madani3
madani4
madani5
madani6
madani7
madani8
madani9
madani10
madani11
madani12
madani13
madani14
madani15
madani16
madani17
madani18
madani19
madani20
madani21
madani22
madani23
madani24
madani25
madani26
madani27
madani28
madani29
madani30
madani31
madani32
madani33

Previous
Next