E-SKUTER KINI DI UNISEL BESTARI JAYA

  • Home
  • E-SKUTER KINI DI UNISEL BESTARI JAYA
Shape

Dalam usaha untuk menyokong inisiatif teknologi hijau di dalam kampus, Universiti Selangor (UNISEL) telah bekerjasama dengan Beam Mobility Malaysia bagi penyediaan e-skuter Beam untuk digunakan oleh pelajar serta warga kampus Bestari Jaya. Majlis pelancaran anjuran Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan telah berlangsung di UNISEL Bestari Jaya menyaksikan Sharvin Sivakumar, wakil Beam Mobility Malaysia menyerahkan e-skuter Beam kepada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.Bagi maksud berikut, bermula minggu hadapan, 100 e-skuter Beam diperingkat permulaan bakal menjadi pengangkutan alternatif yang akan memberi kemudahan perjalanan kepada pelajar ke bangunan fakulti, dewan kuliah, pusat sukan dan kolej kediaman. Tambah menarik, pihak Beam Mobility Malaysia akan turut membuka peluang pekerjaan secara sambilan kepada pelajar di kampus Bestari Jaya bagi membantu tadbir urus e-skuter di dalam kampus selepas ini. Penggunaan e-skuter Beam di kampus Bestari Jaya dijangka akan meningkatkan mobiliti pelajar dengan lebih baik selain mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan kereta di kampus dan merendahkan pelepasan karbon. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor3 Mei 2023

skuter2
skuter3
skuter4
skuter5
skuter6
skuter7
skuter8
skuter9
skuter10
skuter11
skuter12
skuter13
skuter14
skuter15
skuter16

Previous
Next