Kebiasaanya program seperti ini dilaksanakan oleh pengurusan Universiti di dalam kampus cuma lainnya pada tahun ini adalah acara santai sarapan pagi diadakan di Tasik Lindungan Burung UNISEL Kampus Bestari Jaya. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL turut berkesempatan meluangkan masa bersama pengurusan tertinggi UNISEL serta ahli pentadbiran dalam sesi jamuan santai pagi ini. Dalam pada masa yang sama beliau turut menyampaikan perkembangan yang sedang dijalankan oleh pasukan Penghijauan serta memaklumkan pelbagai inisiatif yang bakal diambil dalam usaha menaiktaraf Tasik Lindungan Burung UNISEL tersebut. PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT8 Mei 2023
Previous
Next