BANTUAN ASAS YURAN UNIVERSITI (BAYU) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

  • Home
  • BANTUAN ASAS YURAN UNIVERSITI (BAYU) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Shape
BANTUAN ASAS YURAN UNIVERSITI (BAYU) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah menganjurkan Karnival Kanak-kanak peringkat Negeri Selangor 2023 yang bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. Majlis Perasmian Penutup serta Pelancaran Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Negeri Selangor. Beliau menyifatkan karnival ini sebagai platform terbaik dalam menfokuskan keperluan dan kesejahteraan golongan kanak-kanak khususnya di negeri ini. Dalam pada itu, Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor yang julung kalinya diperkenalkan itu akan bertindak sebagai dokumen panduan dalam pembentukan segmen kanak-kanak justeru berpotensi memandu hala tuju segmen tersebut secara bersepadu, melalui perancangan yang jitu dan sasaran yang realistik. Karnival yang dianjurkan selama dua hari bermula pada 27 Mei 2023 sehingga 28 Mei 2023 itu menyaksikan pelbagai program menarik antaranya penampilan ikon Pendidikan Awal Kanak-kanak menerusi segmen informatik menerusi Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob, Senior Research Fellow Pusat Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI, wakil Al Kauthar Eduqids, Puan Mohana Gill, Award-Winning Cookbook Author, Dr. Jamilah Binti Mustafa, Ahli Majlis Buku dan Kanak-kanak dan Remaja (MBBY), Prof. Madya Dr. Abdul Halim Bin Masnan, Pensyarah Kanan Fakulti Pembangunan Manusia (UPSI), Ustaz Muhammad Haris Bin Mohd Ismail, Pengarah ISLAH Education Sdn Bhd serta Puan Zuraida Binti Shahime, Pakar Terapi Pertuturan. Karnival Kanak-kanak Negeri Selangor 2023 turut menyaksikan pameran daripada agensi kerajaan negeri dan para penaja utama, persembahan muzikal dan tari pentas oleh pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak UNISEL, persembahan tari kreatif oleh Kolej Mutiara Kajang, persembahan kanak-kanak oleh Ar-Raziq Child Care Center, persembahan nasyid oleh pelajar Smart Tahfiz serta pelbagai aktiviti lapangan seperti pertandingan mewarna, Kit Bermain kanak-kanak, pameran Sensory Wall, pameran Poster Pendidikan Khas dan pameran STEM kanak-kanak. Pada tanggal 27 Mei 2023, Pertandingan Pakaian Beragam yang disertai hampir 1,000 kanak-kanak dalam memperagakan busana bebas menerusi minat masing-masing bersempena Karnival Kanak-kanak turut meraih minat para tetamu yang hadir serta bakal menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR). Turut hadir semasa majlis perasmian penutup Karnival Kanak-kanak adalah Prof. Madya. Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Puan Gan Pei Nei, Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor28 Mei 2023

karnival_kanak2_2
karnival_kanak2_3
karnival_kanak2_4
karnival_kanak2_5
karnival_kanak2_6
karnival_kanak2_7
karnival_kanak2_8
karnival_kanak2_9
karnival_kanak2_10
karnival_kanak2_11
karnival_kanak2_12
karnival_kanak2_13
karnival_kanak2_14
karnival_kanak2_15
karnival_kanak2_16
karnival_kanak2_17
karnival_kanak2_18
karnival_kanak2_19
karnival_kanak2_20
karnival_kanak2_21
karnival_kanak2_22
karnival_kanak2_23
karnival_kanak2_24
karnival_kanak2_25
karnival_kanak2_26
karnival_kanak2_27
karnival_kanak2_28
karnival_kanak2_29

Previous image
Next image