MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM BERTEMU PELAJAR UNISEL

  • Home
  • MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM BERTEMU PELAJAR UNISEL
Shape

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia hari ini bertemu mahasiswa Universiti Selangor sempena Program Pemuliharaan Bioderversiti: Langkah Kerajaan Demi Kesejahteraan Penghuni Alam. Program yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya itu dihadiri oleh lebih 200 orang terdiri daripada mahasiswa dari Pusat Pengajian Asasi dan Umum, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, kakitangan akademik dan pentadbiran.Intipati perkongsian beliau adalah lebih kepada usaha-usaha kerajaan dalam pemuliharaan biodiversiti selain cara memupuk budaya pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan mahasiswa. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, kehadiran Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberi impak perubahan yang besar terhadap usaha melestarikan Tasik Lindungan Burung. Tambah beliau, UNISEL mengorak langkah memulihara alam semula jadi yang terdapat di sekitar kampus agar segala kemudahan serta aktiviti rekreasi dapat dimanfaatkan mahasiswa bahkan seluruh warga UNISEL serta penduduk sekitar. Turut berlangsung adalah majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara UNISEL dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan UNISEL dengan HAVVA Agrotech. Sebelum itu, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dibawa melawat ke Tasik Lindungan Burung UNISEL serta sesi melepaskan anak ikan Baung Kuning sebanyak 5000 ekor dari Jabatan Perikanan Selangor yang terletak di belakang kampus. Turut berlangsung di tasik tersebut adalah pertandingan memancing tangkap & lepas (catch & release). Peserta terlibat rata-ratanya dari sekitar Selangor. Pertandingan ini yang bermula seawal Jam 7.00 pagi bakal berakhir Sekitar jam 6.00 petang nanti. Hadir sama sepanjang majlis adalah YB Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang merangkap Ahli Lembaga Pengarah UNISEL, Datuk Nadzim Johan, Pengerusi PPIM, wakil dari HAVVA Agrotech dan pengurusan tertinggi UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor3 Jun 2023 

menteri_sumberasli_2
menteri_sumberasli_3
menteri_sumberasli_4
menteri_sumberasli_5
menteri_sumberasli_6
menteri_sumberasli_7
menteri_sumberasli_8
menteri_sumberasli_9
menteri_sumberasli_10
menteri_sumberasli_11
menteri_sumberasli_12
menteri_sumberasli_13
menteri_sumberasli_14
menteri_sumberasli_15
menteri_sumberasli_16
menteri_sumberasli_17
menteri_sumberasli_18
menteri_sumberasli_19
menteri_sumberasli_20
menteri_sumberasli_21
menteri_sumberasli_22
menteri_sumberasli_23
menteri_sumberasli_24
menteri_sumberasli_25
menteri_sumberasli_26
menteri_sumberasli_27
menteri_sumberasli_28
menteri_sumberasli_29
menteri_sumberasli_30
menteri_sumberasli_31
menteri_sumberasli_32
menteri_sumberasli_33
menteri_sumberasli_34
menteri_sumberasli_35
menteri_sumberasli_36
menteri_sumberasli_37
menteri_sumberasli_38
menteri_sumberasli_39
menteri_sumberasli_40
menteri_sumberasli_41
menteri_sumberasli_42
menteri_sumberasli_43
menteri_sumberasli_44
menteri_sumberasli_45
menteri_sumberasli_46
menteri_sumberasli_47
menteri_sumberasli_48
menteri_sumberasli_49
menteri_sumberasli_50
menteri_sumberasli_51

Previous image
Next image