MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA RASMI PERPUSTAKAAN PERINGATAN SIDDIQ FADZIL DI UNISEL

  • Home
  • MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA RASMI PERPUSTAKAAN PERINGATAN SIDDIQ FADZIL DI UNISEL
Shape

YB Puan Fahdlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia hari ini hadir ke Universiti Selangor (UNISEL) bagi melancarkan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil di Kampus Bestari Jaya. Penubuhan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil merupakan salah satu usaha UNISEL bagi memperingati tulisan, buku, idea dan pemikiran Almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil sebagai material pembangunan ummah. Beliau dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada pihak universiti yang bertungkus-lumus untuk memastikan idea dan pemikiran almarhum dapat dimanfaatkan oleh bangsa dan negara. Tambah beliau, negara amat memerlukan insan yang berwawasan. Selaku Menteri Pendidikan Malaysia, beliau amat menekankan aspek pembinaan karakter dalam kalangan pelajar selain menggalakkan ciri rukun Madani dan pendidikan Al-Hikmah secara inklusif dalam sektor pendidikan negara. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, selain perpustakaan peringatan, UNISEL juga telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) bagi mengenang jasa dan sumbangan Almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil. “Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengangkat pemikiran Almarhum. Ini termasuklah mengadakan pelbagai siri perbincangan, seminar, wacana dan sebagainya. Malah setiap program yang diadakan turut disertai oleh ilmuwan dan cendekiawan dari seluruh dunia termasuklah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja,” “Sesungguhnya penubuhan institut dan perpustakaan ini bakal menjadi sumber rujukan para sarjana dan penyelidik bagi menilai dan melihat sendiri bagaimana pemikiran seorang tokoh berkembang dan memberi kesan kepada pembangunan insaniah dan pembangunan material,” Turut hadir sepanjang majlis adalah YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Lembaga Pengarah UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty, Pengerusi Yayasan UNISEL dan barisan pengurusan tertinggi UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor6 Julai 2023

menteri_pendidikan2
menteri_pendidikan3
menteri_pendidikan4
menteri_pendidikan5
menteri_pendidikan6
menteri_pendidikan7
menteri_pendidikan8
menteri_pendidikan9
menteri_pendidikan10
menteri_pendidikan11
menteri_pendidikan12
menteri_pendidikan13
menteri_pendidikan14
menteri_pendidikan15
menteri_pendidikan16
menteri_pendidikan17
menteri_pendidikan18
menteri_pendidikan19
menteri_pendidikan20
menteri_pendidikan21
menteri_pendidikan22
menteri_pendidikan23
menteri_pendidikan24
menteri_pendidikan25
menteri_pendidikan26

Previous image
Next image