UNISEL PRIHATIN

  • Home
  • UNISEL PRIHATIN
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) baru-baru ini telah menyerahkan 100 unit kerusi bermeja kepada Sekolah Kebangsaan Assam Jawa, Bukit Rotan, Selangor. Penyerahan tersebut disampaikan oleh Tn. Hj. Amidi bin Abdul Manan, Dekan HEP UNISEL disaksikan oleh En. Fauzainudin bin Nordin, Penolong Pendaftar JPAPP kepada penerima sumbangan iaitu En. Izam Zamel bin Maarif, Pengerusi Muafakat Asrama Desa SK Assam Jawa yang mewakili En. Nizamuddin bin Hj. Abdul Majid yang merupakan Guru Besar Besar Sekolah Kebangsaan Assam Jawa. Sumbangan ini dilaksanakan atas keperihatinan UNISEL terhadap permohonan pihak penerima bagi memastikan keselesaan pengguna khususnya murid-murid SK Assam Jawa terjamin bahkan ia merupakan salah satu daripada ‘University Social Responsibility’ (USR). UNISEL berharap agar sumbangan tanggungjawab sosial ini memberi manfaat kepada pengguna di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa. PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT14 JUN 2023

UNISEL_Prihatin_ijok2
UNISEL_Prihatin_ijok3
UNISEL_Prihatin_ijok4
UNISEL_Prihatin_ijok5
UNISEL_Prihatin_ijok6
UNISEL_Prihatin_ijok7
UNISEL_Prihatin_ijok8
UNISEL_Prihatin_ijok9
UNISEL_Prihatin_ijok10

Previous image
Next image