EDITOR EKSEKUTIF DIGITAL SINAR HARIAN TERIMA IJAZAH SARJANA UNISEL

  • Home
  • EDITOR EKSEKUTIF DIGITAL SINAR HARIAN TERIMA IJAZAH SARJANA UNISEL
Shape

Minat memdalam dalam bidang pendidikan menjadi pendorong bagi Editor Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris untuk menamatkan pengajian Sarjana Pendidikan (Pengurusan Disiplin) di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau antara 1306 graduan yang berjaya menerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-17 yang berlangsung di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya. Pelajar tajaan Biasiswa Karangkraf itu berkata, beliau amat berbangga kerana dapat menamatkan pengajian walaupun berdepan dengan banyak kesukaran. “Berkat sokongan daripada pelbagai pihak terutama sekali ibu bapa, suami, anak-anak dan juga penaja iaitu Karangkraf, saya berjaya menamatkan pengajian pada hari ini. Malah tanpa sokongan mereka semua, saya mungkin tidak mampu berjaya seperti hari ini,” katanya. “Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sekerja yang amat memahami dan memberi ruang untuk saya menghadiri kelas dan juga pensyarah yang banyak membantu sepanjang pengajian saya di sini,” katanya. “UNISEL menjadi pilihan untuk saya melanjutkan pengajian kerana ia merupakan salah sebuah universiti yang menawarkan penajaan Biasiswa Karangkraf. Malah, UNISEL juga menyediakan pengajian dalam bidang pendidikan yang mana satu cabang ilmu yang telah lama saya ingin terokai,” katanya. “Banyak kenangan indah sepanjang bergelar mahasiswa UNISEL. Saya dapat mengenali rakan-rakan baharu yang datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Saya juga dapat menerokai pelbagai ilmu baru dan berharap dapat meneruskan pengajian ke peringkat kedoktoran,” katanya. “Usia juga bukan penghalang untuk sampai ke menara gading dan sekiranya ada kemampuan, teruskan belajar sehingga peringkat tertinggi. Nasihat saya kepada adik-adik yang masih belajar, jadilah insan yang berilmu dan berakhlak walau apa sahaja kerjaya pilihan nanti,” katanya mengakhiri bicara. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor9 September 2023

Exec_Sinar2
Exec_Sinar3