PROBIS ANJUR KURSUS “CERTIFICATE OF HUMAN RESOURCE PRACTITIONER” MELIBATKAN ANAK SYARIKAT MBI SELANGOR
November 22, 2023SYARAHAN PERDANA YB DATO’ SERI WAN AZIZAH SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-17
November 24, 2023Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP) Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Persatuan Forum Ekonomi Manusiawi (FEM) hari ini mengadakan Persidangan Meja Bulat Ekonomi Manusiawi bertempat di Bilik Mesyuarat Senat UNISEL Kampus Shah Alam. Persidangan yang bertajuk Pentakrifan dan Memposisikan Ekonomi Manusiawi dalam Ekonomi Madani ini merupakan salah satu pendekatan bagi merakyatkan dasar ekonomi MADANI yang dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara. Persidangan turut berlangsung secara atas talian menerusi aplikasi Zoom dengan menampilkan dua pembentang iaitu Tuan Hj. Nik Yusoff Nik Ismail dan Prof. Dato’ Dr. Saadiah Mohamad serta empat pembahas iaitu Prof. Jomo K Sundaram, Dato’ Freida Pilus, Tn. Hj. Farid Faiz, dan Ustaz Dr Ahmad Zaki Bin Abdul Latiff bersama moderator Prof. Dato’ Dr. Kamarulazizi Ibrahim. Turut hadir sepanjang persidangan adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dr. Norhayah Zulkifli, Dekan FPP serta barisan pengurusan UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor22 November 2023


























