MAJLIS ANUGERAH DEKAN FAKULTI KOMUNIKASI, SENI VISUAL & PENGKOMPUTERAN 2023 TINGKAT SEMANGAT KECEMERLANGAN PELAJAR

  • Home
  • MAJLIS ANUGERAH DEKAN FAKULTI KOMUNIKASI, SENI VISUAL & PENGKOMPUTERAN 2023 TINGKAT SEMANGAT KECEMERLANGAN PELAJAR
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC) menganjurkan majlis Penyampaian Anugerah Sijil Dekan bagi tahun 2023 di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan bin Wan Hassan, Dekan FCVAC dalam ucaptamanya berkata, buat julung kalinya majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar yang cemerlang. Sesungguhnya kejayaan yang anda kecapi ini bukan mudah, jadikan ia sebagai pemangkin semangat untuk terus berjaya dan terus menjadi contoh dalam mendorong ramai lagi pelajar untuk berjaya seperti anda. “Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil anugerah dekan FCVAC. Jadikan anugerah yang digarap pada hari ini sebagai kesinambungan untuk berjaya hingga ke alam pekerjaan kelak”, ujar beliau. Beliau turut berterima kasih kepada para ibu bapa yang hadir serta petugas akademik dan pentadbiran FCVAC yang menjayakan program tersebut. Seramai 420 orang pelajar dalam pelbagai program dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran menerima Sijil Anugerah Dekan tersebut disaksikan juga oleh para ibu bapa. Dalam majlis yang sama, penerima Anugerah Khas bagi ASEAN Cyber Shield Hacking Competition (ACS) telah dinobatkan kepada Sdr. Mohammad Firdaus Bin Amran. Penerima Anugerah Khas tersebut telah mewakili Malaysia di ACS pada 21 hingga 24 November 2023 di Jakarta, Indonesia. Program anjuran Korean Internet & Security Agency (KISA) itu disertai oleh 20 orang peserta yang mana lapan daripadanya merupakan peserta Malaysia dari seluruh IPT di Malaysia yang dipilih oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NASCA), Majlis Keselamatan Negara. Sdr. Mohammad Firdaus telah memenangi tempat Ke-4 dalam pertandingan tersebut. Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti dalam ucapan penutupnya menyifatkan majlis ini sebagai satu kenangan yang terbaik bagi prospek yang dituai sepanjang tempoh pembelajaran dalam melahirkan pelajar yang berjaya walau menempuhi pahit getir kehidupan. Di majlis yang sama, turut dipersembahkan nyanyian dan tarian berkonsepkan kejayaan dalam kebersamaan. Turut hadir, barisan Pengurusan Tertinggi FCVAC, para Ibu Bapa serta barisan Pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat5 Disember 2023

anugerah_dekan_fcvac2
anugerah_dekan_fcvac3
anugerah_dekan_fcvac4
anugerah_dekan_fcvac5
anugerah_dekan_fcvac6
anugerah_dekan_fcvac7
anugerah_dekan_fcvac8
anugerah_dekan_fcvac9
anugerah_dekan_fcvac10
anugerah_dekan_fcvac11
anugerah_dekan_fcvac12
anugerah_dekan_fcvac13
anugerah_dekan_fcvac14
anugerah_dekan_fcvac15
anugerah_dekan_fcvac16
anugerah_dekan_fcvac17
anugerah_dekan_fcvac18
anugerah_dekan_fcvac19
anugerah_dekan_fcvac20
anugerah_dekan_fcvac21
anugerah_dekan_fcvac22
anugerah_dekan_fcvac23
anugerah_dekan_fcvac24