Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menjayakan program ‘Planting Tree For Birds’ menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) dengan kerjasama Tenaga Switchgear Sdn. Bhd. serta pihak penaja utama dari Subsidary Management Department (SMD), Tenaga Nasional Berhad. Program tersebut dengan jayanya dilaksanakan di Tasik Lindungan Burung UNISEL Kampus Bestari Jaya. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL menyifatkan program ini sebagai langkah yang terbaik dalam menjaga biodiversiti alam. Usaha ini akan memberi impak yang besar terhadap kelestarian alam semula jadi dan hidupan yang terdapat di Tasik Lindungan Burung ini bahkan dapat memberi input kepada semua terhadap kepentingan penjagaan khazanah alam. Dalam pada itu, aktiviti penanaman pokok dijalankan sekitar tapak Tasik Lindungan Burung serta perkongsian ilmu terhadap ‘Celebrating Biodiversity : Nature’s Masterpiece’ turut disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Suhaila Yaacob, Pengarah Institut Bio-IT Selangor UNISEL. Di akhir majlis, delegasi VIP turut dibawa meninjau sekitar Tasik Lindungan Burung. Turut hadir sepanjang majlis adalah Ir Ahmad Sazree Bin Abd Aziz, Pengarah Urusan Tenaga Switchgear Sdn. Bhd., En. Sirajul Huda Bin Mohamad Zain, Ketua Manufacturing & Services, Corporate Division (SMD) Tenaga Nasional Berhad, En. Umar Ridzuan Bin Hawari, Ketua Power & Head Business Governance (SMD) Tenaga Nasional Berhad, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan Bin Wan Hassan, Dekan (FCVAC), Ts. Dr. Latifah Abdul Latib, Pengarah Program Planting Tree For Birds merangkap Timb. Dekan Penyelidikan & Pasca Siswazah (FCVAC) serta Barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat7 Disember 2023