COMNET TINGKAT STRUKTUR ORGANISASI PELAJAR

  • Home
  • COMNET TINGKAT STRUKTUR ORGANISASI PELAJAR
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) hari ini mengadakan Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Logo, Penyerahan Watikah Pelantikan Penasihat, Pengaktifan Organisasi Pelajar serta Peluncuran Buku Kegiatan Organisasi Pelajar. Sebanyak 49 persatuan organisasi pelajar yang aktif bagi kedua-dua buah kampus Bestari Jaya dan Shah alam yang dihadiri lebih 200 orang memeriahkan majlis yang bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canseleri UNISEL Kampus Bestari Jaya. Majlis yang julung kalinya diadakan ini bagi membuka tirai tahun 2024 dengan pelbagai persiapan baharu dalam pengstrukturan semula sistem operasi kegiatan organisasi pelajar yang lebih sistematik dan mesra pelajar. Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti HEP UNISEL bersama En. Al-Hafiz Bin Abd Rahaman, Pengarah COMNET telah menyempurnakan simbolik perasmian yang turut disaksikan oleh para penasihat organisasi pelajar dan ahli persatuan. Dalam ucaptama perasmian beliau menyifatkan pembaharuan yang dilakukan ini merupakan satu penekanan terhadap pembangunan pelajar agar dapat melahirkan produk UNISEL yang berkaliber usai tamat pengajian. ‘Era kini, para pelajar harus ada kedua-dua nya bukan sahaja maju dalam aspek pendidikan malah berkecimpung dalam bidang ko-kurikulum dan bergiat aktif dalam aktiviti berpesatuan. Ini dapat melonjakkan diri anda untuk lebih terkehadapan kelak’, ujar beliau. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor23 Januari 2024 

comnet27
comnet26
comnet25
comnet24
comnet23
comnet22
comnet21
comnet20
comnet19
comnet18
comnet17
comnet16
comnet15
comnet14
comnet13
comnet12
comnet11
comnet10
comnet9
comnet8
comnet7
comnet6
comnet5
comnet4
comnet3
comnet2