Petang tadi telah berlangsung Simposium Kesedaran Kesihatan Mental dan Keperluan Khas bertempat di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program tersebut telah diilhamkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti serta jalinan kerjasama oleh Jabatan Sains Sosial FPSS, Psychlab, Pertubuhan Penyelidikan Sosial dan Komuniti, Majlis Perwakilan Pelajar dan Al-Kauthar Eduqis. Turut hadir sekitar program Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Daoh, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, En. Rijalul Fauzi Bin Mustapa, Ketua Pegawai Eksekutif Kids Campus Sdn. Bhd. Penonton boleh menyaksikan rakaman siaran langsung menerusi pautan link berikut : https://fb.watch/pMpvHF1yQw/?mibextid=Nif5oz PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT24 Januari 2024