BAYARAN KHAS, KENAIKAN GAJI BUAT KAKITANGAN UNISEL – PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR

  • Home
  • BAYARAN KHAS, KENAIKAN GAJI BUAT KAKITANGAN UNISEL – PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR
Shape

Kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) bakal menerima durian runtuh sebulan gaji pokok sebelum perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammed Redzuan Othman berkata, pemberian bayaran khas bagi kakitangan berprestasi dan bertatalaku baik itu sebagai menghargai sumbangan serta khidmat bakti mereka yang komited menjalankan tugas sepanjang tahun. Lebih menggembirakan lagi, beliau turut mengumumkan kenaikan gaji tahunan kepada semua kakitangan yang layak.“Kita menyedari semua kakitangan telah berusaha bekerja dengan begitu keras sekali untuk memastikan UNISEL terus cemerlang dan Alhamdulillah kita merasa sangat gembira dengan pencapaian tersebut,” Oleh itu, bayaran khas serta kenaikan gaji tahunan ini sebagai sumbangan pihak univeristi kepada kakitangan,” ujar beliau semasa Perhimpunan Bulanan Mac 2024 yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya. Jelas beliau lagi, bayaran khas dan kenaikan gaji tahunan itu akan melibatkan semua kakitangan sama ada kontrak dan tetap yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Pentadbiran dan Sumber Manusia. Dalam masa sama, beliau berharap bayaran khas Aidilfitri itu dapat meringankan beban kakitangan dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor

perhimpunan_2024_2
perhimpunan_2024_3
perhimpunan_2024_4
perhimpunan_2024_5
perhimpunan_2024_6
perhimpunan_2024_7
perhimpunan_2024_8
perhimpunan_2024_9
perhimpunan_2024_10
perhimpunan_2024_11
perhimpunan_2024_12
perhimpunan_2024_13
perhimpunan_2024_14
perhimpunan_2024_15
perhimpunan_2024_16