WARGA UNISEL TUNAI IBADAH KORBAN SEMPENA AIDILADHA

  • Home
  • WARGA UNISEL TUNAI IBADAH KORBAN SEMPENA AIDILADHA
Shape
WARGA UNISEL TUNAI IBADAH KORBAN SEMPENA AIDILADHA

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Islam UNISEL menganjurkan program Ibadah Korban sempena sambutan Aidiladha 2024 bersamaan 1445H. 

Program tersebut berlangsung di Masjid UNISEL dan turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor. 

Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan yang mana kesemuanya merupakan sumbangan penyertaan daripada kakitangan dan Ahli Qariah Masjid UNISEL. 

Daging korban tersebut diagihkan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL kepada peserta-peserta program dan kakitangan UNISEL yang hadir. 

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
19 Jun 2024