BONGGOL TERBANG : Kenapa Bonggol UNISEL begitu besar, banyak kereta terbang disitu?

  • Home
  • BONGGOL TERBANG : Kenapa Bonggol UNISEL begitu besar, banyak kereta terbang disitu?
Shape

Kota Kinabalu – Selesai lawatan kerja rasmi yang cukup padat pada sebelah pagi tadi, Delegasi Universiti Selangor (UNISEL) sempat singgah sebentar ke Pasar Filipina sementara menunggu waktu perjalanan seterusnya ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
 
Masing-masing berpeluang melihat kawasan sekitar bandar Kota Kinabalu sambil mundar-mandir melihat kawasan jualan cenderamata dan hasil laut Masyarakat Sabah yang terkenal seperti ikan bilis Mata Biru.
 
Menariknya, kedatangan kami ke Pasar Filipina itu mendapat perhatian salah seorang daripada penjual ikan bilis disitu. Beliau tanpa segan silu bertanyakan kami dengan satu teguran kuat berbentuk persoalan yang cukup menarik.
 
“Kenapa Bonggol UNISEL begitu besar, banyak kereta terbang disitu?”
Pertanyaan kakak penjual ikan bilis yang mungkin ada salah faham diperingkat awal tersebut mengundang ketawa kami malah turut disambut gelak ketawa pengunjung lain yang turut lalu lalang di sekitar pasar tersebut.
 
Ini berikutan tularnya di media sosial memaparkan situasi beberapa pengguna jalan raya nyaris kemalangan akibat kemunculan “bonggol” di depan UNISEL Seksyen 7 Kampus Shah Alam baru-baru ini.
 
Kami di Sabah juga mendapat tahu berita ini menerusi media sosial kerana semasa kejadian tersebut tular, kami sudah berada di Sabah, ujar salah seorang daripada kami disini kepada Kakak tersebut menjawab persoalan Beliau.
 
Dalam pada itu, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL secara peribadi telah dihubungi oleh Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi panggilan telefon memaklumkan situasi.
 
Dalam perkembangan sama, UNISEL mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBSA atas usaha untuk memastikan Keselamatan pengguna jalanraya sentiasa menjadi keutamaan dalam usaha ini.
 
Sedikit Makluman, Isu Bonggol tersebut bukan dibawah tanggungjawab pihak universiti tetapi dibawah portfolio Majlis Bandaraya Shah Alam cuma secara kebetulan Bonggol tersebut bersebelahan UNISEL Kampus Shah Alam.
 
Cumanya, apa yang menarik, bukan isu Bonggol terbang menjadi sorotan tetapi rasa cakna dan keinginan ambil tahu. UNISEL merupakan Universiti Kerajaan Negeri pertama di Malaysia yang wujud lebih 20 tahun.
 
Moral of the story, Maklumat sentiasa berada dihujung jari berdasarkan rasa ingin tahu. Bayangkan, peniaga di Pasar Filipina yang beribu batu dari Selangor juga mengenali UNISEL dan cakna dengan apa yang berlaku.
 
Bagaimana kita?
Akhirnya, pilihan sentiasa berada di tangan. Terima Kasih atas sokongan semua pihak kepada Universiti ini selama pihak kami beroperasi. InsyaAllah UNISEL akan sentiasa berikan yang terbaik dalam memastikan masa depan Negara menjadi keutamaan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor

bonggol2