December 2, 2025

MISI BANTUAN PASCABANJIR SKUAD SUKARELAWAN COMNET DITERUSKAN DI KAMPUNG PARIT MAHANG

Misi bantuan pascabanjir anjuran Skuad Sukarelawan Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti COMNET, Universiti Selangor (UNISEL) terus diperluas dalam usaha membantu komuniti yang terkesan. Selepas turun padang di Padang Jawa, Shah Alam sebelum ini, pasukan sukarelawan kini bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Kampung Parit Mahang, Ijok.
November 28, 2025

SKUAD SUKARELAWAN COMNET UNISEL TURUN PADANG DALAM MISI PASCA BANJIR

Seramai lebih 150 orang pelajar Universiti Selangor (UNISEL) dari Kampus Bestari Jaya dan Shah Alam telah turun padang menyertai Skuad Sukarelawan COMNET dalam misi bantuan pasca banjir di Padang Jawa, Shah Alam. Kehadiran para sukarelawan ini bukan sahaja meringankan beban mangsa terlibat, malah memperlihatkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa.
November 26, 2025

SUSULAN BANTUAN BAH BANJIR-SKUAD SEKARELAWAN COMNET UNISEL BERSEDIA

Pagi ini pihak Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) UNISEL hadir ke taklimat berkaitan banjir dan perancangan pasca banjir yang disampaikan oleh YB Tuan Danial, ADUN Batu Tiga, dengan kehadiran Ahli Majlis MBSA, JKM Shah Alam, pihak bomba, pihak polis, JPS, ketua kampung, NGO, Unit Bencana SUK dan HEP UNISEL.
November 24, 2025

SEKITAR BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS PENYELIDIKAN GERAN SIDDIQ FADZIL 2025

Bengkel Penyediaan Kertas Penyelidikan Geran Siddiq Fadzil 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 dan 23 November di Hotel Bangi Resort, menghimpunkan lebih 60 orang peserta terdiri daripada para sarjana, penyelidik serta cendekiawan pelbagai disiplin.