August 26, 2025
Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) telah berlangsung penuh mesra dan harmoni di Dewan Pro-Canselor, Kampus Shah Alam, pagi tadi. Program ini menjadi platform pertama bagi warga universiti berkenalan secara lebih dekat dengan Presiden dan Naib Canselor baharu, Profesor Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri.


