EXCO PERUMAHAN DAN KEBUDAYAAN RASMI JELAJAH HARI TERBUKA DI PANTAI BATU LAUT

  • Home
  • EXCO PERUMAHAN DAN KEBUDAYAAN RASMI JELAJAH HARI TERBUKA DI PANTAI BATU LAUT
Shape

YB Tuan Borhan Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor hari ini merasmikan Jelajah Hari Terbuka “Malaysia Madani, UNISEL Depani” yang berlangsung di Pantai Batu Laut, Tanjong Sepat. Jelajah ini merupakan anjuran Universiti Selangor dengan kerjasama Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor serta Pusat Khidmat DUN Tanjong Sepat. Beliau dalam ucapan perasmian merakamkan ucapan terima kasih kepada UNISEL dibawah pentadbiran Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL kerana memilih Batu Laut di Tanjong Sepat sebagai lokasi pilihan untuk penganjuran program ini. “Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak UNISEL jelas dalam mendokong aspirasi Kerajaan Perpaduan dengan membantu memberikan pengenalan dan penerangan konsep Malaysia Madani kepada seluruh masyarakat khususnya di Negeri Selangor ini,” Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang sudah bertapak lebih 20 tahun, sudah menjadi peranan UNISEL dalam membangunkan masyarakat melalui aktiviti berteraskan pendidikan menerusi program tanggungjawab sosial korporat seperti jelajah ini. Jelajah Hari Terbuka berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Oktober 2023. Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan antaranya sukan rakyat, pertandingan sukan, bicara ilmiah, persembahan artis dan banyak lagi. Jelajah ini turut disertai agensi kerajaan dan swasta antaranya Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), KDEB Waste Management, Institut Darul Ehsan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Bank Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Yayasan Warisan Anak Selangor, Selcare, Persatuan Bola Sepak Selangor, Perbadanan Perpustaakan Awam Selangor & Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Turut serta ialah dua agensi di bawah Exco Perumahan dan Kebudayaan iaitu Perbadanan Adat Melayu & Warisan (PADAT) dan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS). Hadir sepanjang majlis adalah Puan Norain Mohamed, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Kesihatan Persekitaran MPKL, Dr. Shahrul Nizam Ahmad Zamzali, Pengurus Besar Selgate Healthcare Sdn Bhd, ASP Rino Irwan Shukaime dari Ibupejabat Polis Kuala Langat, ahli-ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Kuala Langat & Majlis Perbandaran Sepang, barisan pengurusan UNISEL serta ketua-ketua kampung DUN Tanjong Sepat. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor21 Oktober 2023

jelajah_madani2
jelajah_madani3
jelajah_madani4
jelajah_madani5
jelajah_madani6
jelajah_madani7
jelajah_madani8
jelajah_madani9
jelajah_madani10