FAKULTI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN ANJUR PERSIDANGAN MEJA BULAT EKONOMI MANUSIAWI

  • Home
  • FAKULTI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN ANJUR PERSIDANGAN MEJA BULAT EKONOMI MANUSIAWI
Shape

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP) Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Persatuan Forum Ekonomi Manusiawi (FEM) hari ini mengadakan Persidangan Meja Bulat Ekonomi Manusiawi bertempat di Bilik Mesyuarat Senat UNISEL Kampus Shah Alam. Persidangan yang bertajuk Pentakrifan dan Memposisikan Ekonomi Manusiawi dalam Ekonomi Madani ini merupakan salah satu pendekatan bagi merakyatkan dasar ekonomi MADANI yang dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara. Persidangan turut berlangsung secara atas talian menerusi aplikasi Zoom dengan menampilkan dua pembentang iaitu Tuan Hj. Nik Yusoff Nik Ismail dan Prof. Dato’ Dr. Saadiah Mohamad serta empat pembahas iaitu Prof. Jomo K Sundaram, Dato’ Freida Pilus, Tn. Hj. Farid Faiz, dan Ustaz Dr Ahmad Zaki Bin Abdul Latiff bersama moderator Prof. Dato’ Dr. Kamarulazizi Ibrahim. Turut hadir sepanjang persidangan adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dr. Norhayah Zulkifli, Dekan FPP serta barisan pengurusan UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor22 November 2023

ekonomi_manusiawi2
ekonomi_manusiawi3
ekonomi_manusiawi4
ekonomi_manusiawi5
ekonomi_manusiawi6
ekonomi_manusiawi7
ekonomi_manusiawi8
ekonomi_manusiawi9
ekonomi_manusiawi10
ekonomi_manusiawi11
ekonomi_manusiawi12
ekonomi_manusiawi13
ekonomi_manusiawi14
ekonomi_manusiawi15
ekonomi_manusiawi16
ekonomi_manusiawi17
ekonomi_manusiawi18
ekonomi_manusiawi19
ekonomi_manusiawi20
ekonomi_manusiawi21
ekonomi_manusiawi22
ekonomi_manusiawi23
ekonomi_manusiawi24